Penghitungan bakteria baja-bio dengan teknik colony immunoblotting (CIB)
Ganisan Krishnen
Ringkasan
Penghitungan populasi hidup bakteria baja-bio sama ada di dalam formulasi produk baja-bio atau tanah yang digunakan dengan produk ini sangat penting untuk kawalan kualiti dan penentuan keberkesanan baja-bio. Pengenalpastian dan penghitungan bakteria baja-bio adalah satu proses yang mencabar khususnya apabila melibatkan produk baja-bio multistrain dan populasinya di dalam tanah. Justeru, satu teknik yang boleh mengenal pasti sesuatu strain bakteria dan juga memudahkan penghitungan sangat diperlukan. Teknik colony immunoblotting (CIB) adalah satu teknik penghitungan hidup yang menggabungkan kedua-dua ciri pengenalpastian dan penghitungan bakteria baja-bio. Teknik ini melibatkan pemiringan sebaran, penghasilan replika koloni dengan membran nilon dan asai CIB. Teknik ini diguna pakai untuk pengenalpastian dan penghitungan bakteria baja-bio daripada produk baja-bio cecair dan pepejal serta daripada tanah pertanian yang telah diinokulasi dengan input pertanian ini.