Ekstrak pegaga: Kandungan triterpenoid, aktiviti antioksidan dan fungsi kognitif

Category: Bil 24

Madzlan Kasran

Ringkasan
Ekstrak pegaga telah dihasilkan daripada serbuk daun pegaga. Serbuk daun pegaga dihasilkan daripada proses pengeringan dan pengisaran daun pegaga segar. Komponen triterpenoid telah dianalisis daripada ekstrak pegaga yang dihasilkan. Analisis komponen triterpenoid dijalankan menggunakan kaedah kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC). Kandungan empat komponen utama triterpenoid masing-masing ialah madekassosida (1206.1 ± 15.23 mg/100 g), asiatikosida (1160.8 ± 9.65 mg/100 g), asid madekasik (1168.2 ± 20.53 mg/100 g) dan asid asiatik (991.6 ± 15.3 mg/100 g) daripada berat kering ekstrak pegaga. Analisis antioksidan iaitu DPPH dan FRAP terhadap serbuk ekstrak pegaga menunjukkan peratus perencatan radikal bebas (DPPH) melebihi 90% dengan nilai IC50 = 371.7 ?g/mL sementara nilai FRAP ialah 126 mmol Fe(II)/g berat kering sampel. Ujian ‘novel object recognition’ (NOR) digunakan untuk menentukan kesan daya ingatan selepas tikus diberikan ekstrak pegaga. Ujian NOR adalah ujian tingkah laku berdasarkan kecenderungan spontan haiwan untuk menghabiskan lebih banyak masa menjelajahi objek novel. Kajian menunjukkan, bagi tikus 28 muda yang diberikan ekstrak pegaga, secara signifikannya lebih lama masa diambil untuk menjelajahi objek novel berbanding dengan objek dikenali. Bagi tikus tua yang diberikan ekstrak pegaga pula kecenderungan untuk berada dalam objek novel juga lebih lama berbanding dengan objek dikenali manakala masa yang diambil untuk berada dalam objek dikenali sedikit berkurangan. Ujian kognitif menunjukkan ekstrak pegaga berpotensi untuk meningkatkan fungsi kognitif.

Teks penuh (458KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.