Sistem Pengurusan Latihan Sangkut: Pemangkin latihan digital

Category: Bil 24

Mohamad Zulkifly Zakaria @ Mustafa dan Mohd Arif Abd Wahab

Ringkasan
Sebagai pusat penyelidikan utama berkaitan pertanian untuk Malaysia, MARDI juga memainkan peranan utama dalam menyampaikan khidmat latihan kepada usahawan dan juga bakal usahawan berkenaan teknologi yang telah dibangunkan. Sistem Pengurusan Latihan Sangkut merupakan pemangkin kepada latihan digital MARDI dengan mengurus proses permohonan dan penamatan latihan dengan mengeluarkan surat tawaran dan sijil tamat latihan secara digital. Sistem Pengurusan Latihan Sangkut mempunyai fungsi dan ciri-ciri asas pengurusan proses latihan digital seperti penyimpanan maklumat profil peserta, permohonan latihan atas talian, menyemak senarai latihan serta menyediakan medium komunikasi antara penyelaras dan peserta. Secara tidak langsung sistem ini dapat memainkan peranan yang penting sebagai pemboleh daya teknologi dalam mentransformasikan kaedah pemindahan teknologi secara konvesional kepada bentuk digital yang lebih dinamik dan mudah. Sistem Pengurusan Latihan Sangkut MARDI boleh dilayari Google Chrome/Mozilla Firefox/Safari/Internet Explorer pada komputer melalui http://elatihansangkut.mardi.gov.my.

Teks penuh (1828KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.