Peningkatan skala makmal pemprosesan serbuk pracampuran minuman kaya antosianin dan serat diet berasaskan ubi keledek Anggun

Category: Bil 24

Amir Syariffuddeen Mhd Adnan, Tun Norbrillinda Mokhtar, Faridah Hussin dan Rawaida Rosli

Ringkasan
Kajian penentuan pemprosesan optimum bagi penghasilan serbuk pracampuran minuman kaya antosianin dan serat diet berskala makmal telah dilaksanakan menggunakan berat campuran puri yang berbeza iaitu 30 kg dan 50 kg. Pemprosesan dilakukan dengan menggunakan kemudahan dan fasiliti mesin sedia ada di Kilang Perintis di Pusat FT MARDI, Serdang, Selangor. Pemprosesan dilakukan dengan menggunakan dua orang tenaga kerja terlatih. Dapatan daripada kedua-dua kelompok pemprosesan menunjukkan peratus penukaran produk daripada kedua-dua berat (30 kg dan 50 kg) campuran puri masing-masing ialah 18.96% dan 19.68%. Dengan mengambil kira kos untuk pengeluaran produk pracampuran bagi tempoh sebulan yang melibatkan 20 hari operasi dengan lapan jam operasi setiap hari, didapati kos pengeluaran satu sachet produk untuk kedua-dua berat bahan campuran tidak menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu sekitar RM1.45 – RM1.46. Begitu juga kos bagi pembungkusan sekotak produk yang mengandungi 14 sachet yang mana kedua-duanya melibatkan kos penghasilan RM20.49 untuk 30 kg dan RM20.43 untuk 50 kg campuran puri. Ini menunjukkan bahawa kilang perintis di Pusat FT berkeupayaan dan boleh melaksanakan penghasilan produk pracampuran ini dengan kapasiti optimum campuran puri sebanyak 50 kg melalui penggunaan mesin dan fasiliti sedia ada.

Teks penuh (205KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.