Teknik analisis sebatian kimia kuersetin daripada bunga kubis

Category: Bil 24

Mohd Nazrul Hisham Daud, Mohd Lip Jabit, Nur Syafini Ghazali, Joanna Cho Lee Ying dan Norfadzilah Ahmad Fadzi

Ringkasan
Bunga kubis ataupun secara saintifiknya dikenali sebagai Brassica oleracea secara umumnya dikenali antara sayuran yang mudah didapati di pasaran segar. Ia sering menjadi pilihan pengguna disebabkan oleh harganya yang berpatutan. Selain itu, rasanya enak dan rangup menjadi tarikan buat pengguna. Kehadiran sebatian kimia kuersetin dalam bunga kubis telah menjadi nilai tambah kepada produk pertanian ini. Melalui teknik yang dibangunkan, sebatian kimia ini boleh ditentukan melalui empat proses utama. Proses ini merangkumi pengekstrakan sebatian kimia, penyediaan sampel bagi tujuan analisis, penyediaan larutan piawai dan instrumentasi. Proses pengekstrakan melibatkan rendaman sampel di dalam pelarut metanol selama 48 jam. Selepas itu, ekstrak yang diperoleh ditapis menggunakan penapis picagari bagi memisahkan bendasing. Ini penting bagi mengelakkan kerosakan kepada peralatan analisis. Sebatian kimia kuersetin piawai dilarutkan di dalam pelarut metanol dan dicairkan sekurang-kurangnya pada lima kepekatan yang berbeza. Ekstrak yang telah ditapis dan larutan-larutan kuersetin piawai disuntik ke dalam peralatan analisis HPLC. Keluasan isyarat bagi ekstrak dan larutan-larutan piawai pada kromatogram dibandingkan bagi mendapatkan nilai kandungan kuersetin di dalam sampel bunga kubis. Teknik yang dibangunkan ini mampu memberi nilai tambah dari segi maklumat kuantiti bahan berkhasiat bunga kubis kepada masyarakat umum.

Teks penuh (1.18MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.