Teknologi pengeluaran cili secara organik
Nur Liyana Iskandar, Theeba Manickam, Azlan Azizi Mohamad Nor, Mohamad Hafeifi Basir, Nurul Ammar Illani Jaafar, Rosli Abu, Nur Adliza Baharom, Farah Huda Sjafni Suherman, Siti Noor Aishikin Abdul Hamid, Zaulia Othman, Aimi Athirah Ahmad dan Wan Abdullah Wan Yusuf
Ringkasan
Penggunaan sayuran cili yang meluas dalam masakan harian menjadikan ia antara sayuran berbuah yang popular di Malaysia. Di Malaysia, pengeluaran cili secara organik didapati masih rendah berbanding dengan pengeluaran cili secara konvensional. Peningkatan kesedaran tentang bahaya penggunaan racun kimia dalam mengawal perosak tanaman serta manfaat hasil makanan yang diusahakan secara organik telah menarik minat petani bagi mencuba pertanian organik. Terdapat risiko yang perlu dihadapi oleh petani dalam mengusahakan tanaman cili organik seperti masalah perosak dan penyakit serta ketiadaan panduan menanam secara organik yang lengkap. Oleh itu, MARDI telah membangunkan teknologi pengeluaran cili secara organik yang boleh mejadi panduan kepada petani untuk mengusahakan tanaman cili sama ada secara kecil-kecilan atau komersial.