Filem kitosan sebagai bahan pembungkus kiub asam pedas
Noor Zainah Adzaly, Norzaleha Kasim, Khairol Nadia Abdul Halim dan Adawiyah Akbar
Ringkasan
Kajian penyimpanan dan penilaian nilai rasa produk kulinari, kiub asam pedas menggunakan filem kitosan telah dijalankan pada suhu 25 ÂșC selama 12 bulan penyimpanan. Kiub asam pedas telah dibungkus dengan filem kitosan dan kertas/aluminium (kawalan). Parameter analisis yang terlibat seperti ujian mikrobiologi, aktiviti air (aw), kandungan lembapan (%), warna dan penilaian nilai rasa. Hasil kajian menunjukkan kiraan mikrobiologi (jumlah kiraan koloni) adalah memuaskan (bawah 5 log cfu/g) sepanjang 12 bulan penyimpanan bagi kedua-dua kiub asam pedas yang dibungkus dengan filem kitosan dan kertas/aluminium. Selain itu, penerimaan keseluruhan kiub dan kuah asam pedas yang dibungkus dengan filem kitosan selama 12 bulan penyimpanan masing-masing berkurangan (p ?0.05) sebanyak 12.16% dan 17.69%. Filem kitosan dan kertas/aluminium tidak menunjukkan perbezaan yang ketara (p >0.05) dalam mengekalkan sifat kiub dan kuah asam pedas. Sebagai kesimpulan, kiub asam pedas selamat dimakan dan mempunyai jangkamasa simpan selama 12 bulan pada suhu bilik.
Teks Penuh (298 KB)