Kesan suhu pemprosesan terhadap aktiviti antimikrob filem pembungkus boleh dimakan daripada rumpai laut dan minyak pati kayu manis

Category: Bil 19

Siah Watt Moey

Ringkasan

Pencemaran makanan terutamanya pada permukaan kerap berlaku selepas pemprosesan akibat kecuaian semasa pengendalian. Akibatnya makanan mengalami kerosakan dalam tempoh yang singkat dan menyebabkan pembaziran. Filem pembungkus boleh dimakan yang dicampur dengan minyak pati kayu manis sebagai agen antimikrob berupaya menangani masalah ini. Sifat pemeruapan minyak pati kayu manis akan mempengaruhi keupayaannya untuk merencat pertumbuhan mikroorganisma, maka suhu pemprosesan dalam penyediaan filem pembungkus adalah faktor penting yang perlu dipertimbangkan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa suhu pemprosesan yang paling ideal ialah 70 oC di mana suhu yang lebih tinggi menyebabkan kuasa perencatan mikroorganisma menurun, manakala suhu yang lebih rendah menyebabkan kesukaran dalam proses penyediaan filem pembungkus.\

Teks Penuh (794 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.