Kesan suhu pemprosesan terhadap aktiviti antimikrob filem pembungkus boleh dimakan daripada rumpai laut dan minyak pati kayu manis
Siah Watt Moey
Ringkasan
Pencemaran makanan terutamanya pada permukaan kerap berlaku selepas pemprosesan akibat kecuaian semasa pengendalian. Akibatnya makanan mengalami kerosakan dalam tempoh yang singkat dan menyebabkan pembaziran. Filem pembungkus boleh dimakan yang dicampur dengan
minyak pati kayu manis sebagai agen antimikrob berupaya menangani masalah ini. Sifat pemeruapan minyak pati kayu manis akan mempengaruhi keupayaannya untuk merencat pertumbuhan mikroorganisma, maka suhu pemprosesan dalam penyediaan filem pembungkus adalah faktor penting yang perlu dipertimbangkan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa suhu
pemprosesan yang paling ideal ialah 70 oC di mana suhu yang lebih tinggi menyebabkan kuasa perencatan mikroorganisma menurun, manakala suhu yang lebih rendah menyebabkan kesukaran dalam proses penyediaan filem pembungkus.
Teks penuh (794KB)