Pembangunan teknologi penternakan ayam mutiara: Ciri fenotipik dan prestasi tumbesaran
Muhammad Mohd Sabri, Siti Masidayu Mat Saad dan Noraini Samat
Ringkasan
Ayam mutiara merupakan sejenis unggas liar yang berasal di benua Afrika. Pada masa kini ayam ini diternak di kebanyakan negara di Afrika dan juga di benua Eropah. Ayam ini berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu sumber daging di Malaysia dan menjadi alternatif kepada penggemar daging ayam kampung. Kandungan zat besi, mangan dan zink yang tinggi memberikan faedah tinggi kepada keperluan manusia. Untuk penghasilan secara komersial, beberapa cabaran telah dikenal pasti, antaranya keadaan yang lemah pada peringkat anak, suka berterbangan, mudah terkejut, bunyi yang bising dan pengambilan makanan yang tinggi. Pelbagai kajian perlu dijalankan untuk mengatasi cabaran-cabaran ini.
Teks Penuh (331 KB)