Penilaian kualiti nutrien pelbagai varieti jagung bijian hasil tanaman tempatan
Nurulhayati Abu Bakar, Mohamad Bahagia Ab. Ghaffar dan Noraini Samat
Ringkasan
Dalam membangunkan industri jagung bijian negara, pelbagai faktor kritikal perlu diambil kira terutamanya dalam pemilihan varieti yang sesuai mengikut jenis tanah, kaedah penanaman, proses penuaian serta cuaca dan iklim yang tidak menentu pada masa kini. Ini kerana, faktorfaktor ini akan mempengaruhi nilai nutrisi jagung bijian yang dihasilkan. Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh MARDI, jagung bijian yang ditanam dalam iklim tempatan mampu memberikan nilai nutrisi yang setanding dengan jagung bijian import bagi memenuhi keperluan rangsum poltri. Namun, kajian varieti ini mestilah diteruskan dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan pesat industri benih global bagi mengetahui kesesuaian penanamannya di Malaysia di samping mengetahui mutu dan kualiti varieti yang ditanam.
Teks Penuh (822 KB)