Potensi pasaran belimbing hibrid baharu MARDI (MSTAR 1 @ BINTANG MAS)
Suhana Safari, Ahmad Hafiz Baharom, Rozita Mohd Yusof, Zawiyah Pono, Noor Baiti Abd Aziz dan Razali Mustafa
Ringkasan
Belimbing Hibrid Baharu MARDI, MSTAR 1 atau BINTANG MAS telah dilancar secara rasminya pada 7 April 2019. Klon yang dihasilkan merupakan hasil kajian program peningkatan baka belimbing yang telah bermula pada tahun 1991 di MARDI Kluang. Objektif program pembaikbakaan ini adalah bertujuan untuk peningkatan hasil, kerintangan terhadap perosak, penyakit dan kebolehsuaian lokaliti berbeza. Justeru, maklumat potensi, penerimaan pengguna dan strategi pemasaran belimbing dikaji bagi melengkapkan pakej teknologi yang telah dilancarkan. Dapatan menunjukkan MSTAR atau BINTANG MAS diterima baik oleh pengguna kerana mempunyai atribut berjus dan kemanisan yang tinggi, tekstur yang pejal dan rangup dan kekelatan yang rendah. Penilaian ringkas analisis kewangan juga menunjukkan penanaman adalah berdaya maju. Pengenalan hibrid baharu ini diharapkan dapat meningkatkan lagi potensi dan kepentingan industri belimbing di pasaran tempatan dan eksport.
Teks Penuh (554 KB)