Profil asid amino madu Heterotrigona itama daripada sumber bunga berbeza dan analisis kimometrik

Category: Bil 19

Sharina Shamsudin, Jinap Selamat, Maimunah Sanny, Nuzul Noorahya Jambari, Shamsul Bahari Abd. Razak dan Alfi Khatib

Ringkasan

Dalam kajian ini, profil asid amino madu dikaji dan sumber bunga dikenal pasti. Tiga jenis madu kelulut (akasia, gelam dan belimbing) dianalisis dan dibandingkan dengan madu Apis mellifera. Hasil kajian menunjukkan bahawa sampel madu daripada sumber bunga yang berbeza mempunyai kandungan asid amino yang berbeza. Seterusnya, kandungan asid amino digunakan dalam analisis kimometrik untuk menentukan hubungan antara kandungan asid amino dan sumber bunga madu. Keputusan analisis kimometrik mendedahkan bahawa madu kelulut berbeza sepenuhnya daripada madu Apis mellifera. Selain itu, perbezaan yang jelas antara sampel madu kelulut juga diperhatikan. Asid amino spesifik yang terlibat dalam perbezaan madu ialah sistina untuk akasia dan gelam, fenilalanina serta 3-hidroksiprolina untuk belimbing dan prolina untuk madu Apis mellifera.

Teks Penuh (521 KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.