Kawalan rumpai di dalam sawah padi wangi

Category: Bil 25

Chong Tet Vun, Mohamad Rodzi Shafiee, Nurul Ain Abdul Aziz dan Bashiroh Ahmad

Ringkasan
Seperti penanaman padi biasa, rumpai juga merupakan masalah utama dalam sistem penanaman padi wangi. Secara umum, rumpai dalam padi wangi adalah sama dengan sawah padi lain yang boleh dikategorikan kepada rumpai daun lebar, daun tirus, rusiga dan paku-pakis. Padi wangi mempunyai tempoh matang yang lama berbanding dengan padi biasa. Secara purata, data kajian julat tempoh kritikal kawalan rumpai dalam sawah padi wangi untuk musim utama ialah 5 – 68 hari lepas tabur dan untuk musim luar ialah 6 – 83 hari lepas tabur. Untuk padi wangi yang ditanam secara mencedung, julat tempoh kritikal kawal pada musim utama ialah 11 – 92 hari lepas mencedung dan untuk musim luar ialah 16 – 88 hari lepas mencedung. Data ini menunjukkan bahawa masa untuk pengurusan rumpai dalam sawah padi wangi adalah panjang. Walaupun tempoh kritikal bermula seawal lima hari selepas tanam, aktiviti pengurusan rumpai perlu bermula sejak proses penyediaan tanah supaya rumpai lebih mudah dikawal. Kaedah kawalan yang sesuai termasuklah pembajakan tanah beberapa kali sebelum menanam dengan tujuan untuk mengurangkan populasi benih rumpai dalam tanah, penanaman secara mencedung untuk memudahkan kerja-kerja merumput atau secara tabur dalam air yang dapat mengurangkan pertumbuhan rumpai, penyemburan dengan racun rumpai pracambah atau mengikut kategori rumpai sasaran. Selain itu, merumput secara manual seperti mencabut rumpai atau membuang bunga rumpai ketika padi berbuah dan pembakaran jerami selepas penuaian untuk
mematikan pokok rumpai atau benih rumpai atas permukaan tanah turut disyorkan.

Teks penuh (219KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.