RodentCARE: Perangkap tikus bagi kawalan tikus di sawah padi

Category: Bil 25

Erwan Shah Shari, Mohd Khusairy Khadzir, Shajarutulwardah Mohd Yusob, Mohd Firdaus Baharudin dan Azlan Othman

Ringkasan
Tikus sawah padi merupakan salah satu makhluk perosak yang boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada petani seandainya kawalan tidak dilakukan. Penggunaan rodentisid boleh mengakibatkan kematian kepada pemangsa semula jadi seperti burung pungguk jelapang dan tidak bersifat mesra alam serta mendatangkan risiko bahaya kepada kesihatan manusia.
Perangkap tikus konvensional yang digunakan oleh petani bagi pengawalan tikus hanya mampu menangkap seekor tikus pada satu masa. Perangkap tikus RodentCARE telah direka cipta bagi meningkatkan kadar tangkapan bilangan tikus di sawah padi. Perangkap ini berpotensi menangkap 3 – 5 ekor tikus dalam satu masa. Perangkap ini mempunyai ciri istimewa iaitu tahan karat, boleh dilipat serta hasil tangkapan meningkat berbanding dengan perangkap konvensional.

Teks penuh (256KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.