Pembangunan perangkap cahaya baharu untuk aktiviti pemantauan populasi benah perang

Category: Bil 25

Mohd Fitri Masarudin, Mohammad Aufa Mhd Bookeri, Mohd Akmal Mhd Yusoff, Arina Mohd Noh, Nuraini Ahmad Ariff Shah dan Badrulhadza Amzah

Ringkasan
Serangga perosak benah perang merupakan serangga perosak utama tanaman padi di Malaysia. Serangannya yang dikenali sebagai hopperburn mengakibatkan pokok kering dan mati yang boleh menjejaskan hasil tanaman padi. Kehadirannya tidak diketahui sehingga ada aktiviti pemantauan dilakukan. Terdapat kekurangan dalam kaedah pemantauan yang dilakukan selama ini secara manual. Justeru, MARDI telah membangunkan perangkap cahaya baharu sebagai alternatif kepada kaedah manual. Pelbagai kajian telah dilakukan dalam membangunkan alat ini. Artikel ini menerangkan komponen-komponen yang terlibat sehingga terciptanya perangkap cahaya baharu ini. Ia berbeza dengan perangkap yang berada di pasaran dan lebih cekap serta efektif dalam memantau populasi benah perang di sawah padi.

Teks penuh (296KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.