Pengurusan benah perang melalui varieti padi rintang
Maisarah Mohamad Saad, Mohd Fitri Masarudin, Mohd Shahril Firdaus Ab Razak, Elixon Sunian dan Badrulhadza Amzah
Ringkasan
Pengurusan benah perang melalui penggunaan varieti rintang memerlukan beberapa prasyarat penting yang perlu diberi perhatian. Aspek-aspek seperti pemahaman kebolehubahan dan kebolehan adaptasi sesuatu populasi, protokol saringan yang berkesan sama ada melalui fenotipik mahupun penanda DNA dan ketersediaan induk penderma bersekali dengan pemahaman ciri-ciri ketahanan genetik sumber kerintangan ini adalah penting. Malahan, kumpulan penyelidik perlu mempunyai objektif dan strategi pembaikbakaan yang aktif dan terancang, sekali gus memastikan varieti yang dibangunkan dengan potensi hasil setara atau lebih baik daripada varieti sedia ada. Pembangunan varieti rintang terhadap benah perang yang efektif merupakan usaha berterusan yang melibatkan banyak pihak.