Cuka kayu dan kegunaannya dalam pengurusan penyakit tanaman komuniti pertanian bandar

Category: Bil 25

Nur Adliza Baharom, Mohammad Hariz Abdul Rahman Mohammad Shahid Shahrun, Mohd Fazly Mail, Siti Noor Aishikin Abdul Hamid, Farah Huda Sjafni Suherman, Mohd Ridzuan Mohd Daud, Zul Helmey Mohamad Sabdin, Farah Farhanah Haron, Masnira Mohammad Yusof dan Zulhazmi Sayuti

Ringkasan
Cuka kayu semakin mendapat tempat dalam sektor pertanian di Malaysia. Cuka kayu boleh dihasilkan dengan menggunakan kaedah berkos rendah dan ia merupakan produk bersama industri bioarang. Sama seperti bioarang, cuka kayu tidak diciptakan sama dari segi komposisi kimianya. Sumber bahan mentah yang berbeza akan memberikan ciri yang berbeza. Berdasarkan pencirian sebatian kimia pada cuka kayu yang terhasil daripada belimbing, mangga dan tempurung kelapa, terdapat pelbagai sebatian kimia yang ditentukan. Kajian antimikrob cuka kayu ke atas patogen utama penyakit tanaman seperti C. gloeosporioides menunjukkan bahawa cuka kayu berpotensi untuk digunakan sebagai kawalan penyakit. Cuka kayu berpotensi untuk diaplikasikan sebagai salah satu kawalan penyakit disebabkan sifat antimikrobnya.

Teks penuh (170KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.