Pengurusan ulat pengorek batang padi di Malaysia

Category: Bil 25

Nur Atiqah Mohd Khari, Maisarah Mohamad Saad, Mohd Fitri Masaruddin dan Badrulhadza Amzah

Ringkasan
Ulat pengorek batang padi merupakan antara perosak utama tanaman padi. Serangan ulat pengorek batang boleh menjadi wabak dan menyebabkan kerosakan sehingga 90%. Pengurusan ulat pengorek batang padi perlu dilakukan sebelum penanaman padi bermula lagi. Ini melibatkan pelbagai jenis kaedah kawalan iaitu secara kaedah amalan kultur, mekanikal, kimia, biologi dan sebagainya. Pengurusan mengunakan pendekatan sebegini bukan sahaja dapat mengurangkan kadar insiden ulat pengorek batang padi di sawah, namun pelbagai sudut lain juga turut mendapat manfaat bersama seperti keseimbangan ekologi, mesra alam dan keuntungan dari segi ekonomi. Artikel ini memberi panduan berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil dan diikuti oleh petani dalam sistem pengeluaran padi mampan yang menyatukan kaedah pengurusan serangga perosak dengan fokus kepada pengurusan ulat pengorek batang padi. Cadangan pengesyoran kaedah kawalan dan pengurusan ini adalah berdasarkan hasil kajian penyelidikan yang dilaksanakan oleh MARDI.

Teks penuh (361KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.