Potensi penggunaan serangga sebagai agen biologi untuk kawalan rumpai

Category: Bil 25

Nurin Izzati Mohd Zulkifli, Mohd Masri Saranum, Norzainih Jasmin Jamin, Ainnur Arina Roslan dan Mohd Shahidan Shohaimi

Ringkasan
Sektor pertanian merupakan salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Walau bagaimanapun, masalah rumpai terus berlarutan dan telah menjadi salah satu faktor yang menghalang pertumbuhan optimum pengeluaran pertanian. Secara umum, rumpai ialah tumbuhan yang tumbuh pada tempat ia tidak dikehendaki. Kebanyakan rumpai invasif di Malaysia, telah diperkenalkan secara tidak langsung sama ada melalui pengimportan tumbuhan hiasan atau perubatan, atau secara tidak sengaja melalui penyebaran oleh manusia dan haiwan. Racun rumpai kimia telah sekian lama menjadi satu-satunya penyelesaian bagi pengurusan rumpai di Malaysia. Penggunaan kaedah kawalan biologi dalam menangani masalah rumpai mula menjadi tumpuan, hasil daripada peningkatan kesedaran dan kebimbangan orang ramai terhadap kesan sampingan racun kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Kebaikan penggunaan serangga sebagai agen biologi adalah kerana boleh membiak dan tersebar secara semula jadi untuk mengawal rumpai dengan sendirinya. Artikel ini akan menerangkan maklumat mengenai penyelidikan yang telah dijalankan untuk memperoleh agen kawalan biologi daripada serangga dalam menangani masalah rumpai Chromoleana odorata (L.) R.M. King dan H. Robinson ataupun dikenali sebagai rumput kapal terbang di Malaysia.

Teks penuh (325KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.