Kaedah pengurusan perosak bersepadu lalat buah

Category: Bil 25

Zulaikha Mazlan, Suhana Yusof dan Farah Huda Sjafni Suherman

Ringkasan
Lalat buah (Diptera: Tephritidae) merupakan serangga perosak utama tanaman hortikultur dan menyebabkan kerosakan serius pada tanaman sekiranya tidak dikawal dengan baik. Serangan menyebabkan kehilangan hasil yang tinggi dan mengancam industri buah-buahan terutamanya bagi perdagangan antarabangsa. Di Malaysia, kaedah kawalan yang paling lazim diaplikasikan ke atas perosak ini adalah membalut buah, semburan racun kimia, pemasangan perangkap bahan pemikat jantan metil eugenol (ME) dan perangkap umpan protein. Selain kaedah ini, terdapat beberapa kaedah lain yang boleh juga diintegrasikan dalam program pengurusan perosak bersepadu (IPM) bagi mencapai pengawalan populasi lalat buah yang lebih berkesan seperti kaedah sanitasi ladang baharu menggunakan augmentorium, semburan secara tompok campuran racun kimia dan umpan protein dan teknik pemandulan serangga (SIT).

Teks penuh (333KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.