Spesies tanaman nadir dalam menghadapi perubahan iklim

Category: Bil. 26

Adam Harris Gerten Ritay Abdullah, Muhammad Shafie Md Sah, Zahora Ismail dan Maznah Muning

Ringkasan
Spesies tanaman nadir merupakan spesies tumbuhan yang jarang dijumpai, sama ada semula jadi di habitat asal ataupun ditanam oleh individu. Walaupun potensi spesies-spesies ini kurang mendapat perhatian di peringkat kebangsaan atau antarabangsa, namun ia penting di peringkat keadaan setempat dan masyarakat tempatan di mana spesies itu boleh diperoleh dan digunakan. Keadaan iklim yang semakin tidak menentu dan permintaan masyarakat terhadap pertanian input rendah telah menjadikan pertanian semakin sensitif kepada risiko dan ketidakpastian dan memerlukan pilihan alternatif seperti yang boleh ditawarkan oleh kepelbagaian spesies tanaman nadir untuk diterapkan dalam sistem penanaman yang pelbagai. Kepelbagaian spesies tanaman nadir menyumbang terhadap jaminan makanan akan datang, nutrisi, sumber genetik dan daya tahan agroekosistem. Pengenalpastian spesies-spesies nadir yang berpotensi yang bersesuaian dengan keadaan iklim tertentu, sama ada sebagai pengganti terus kepada varieti sedia ada (jika ada), sebagai pilihan dalam mempelbagaikan tanaman atau sebagai sumber genetik untuk pembiakbakaan, perlu dipergiatkan dengan lebih agresif. Lebih banyak peluang penajaan dana daripada pihak kerajaan dan swasta, serta kerjasama antara institusi-institusi yang menjalankan penyelidikan, diperlukan untuk memastikan usaha ke arah jaminan makanan tercapai untuk berhadapan ketidaktentuan iklim.

Teks penuh (159KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.