Pentermokawalaturan: Penyesuaian lebah kelulut bagi menangani kesan perubahan cuaca

Category: Bil. 26

Mohd Fahimee Jaapar, Nur Farisha Reward, Zulidzham Mohd Sani, Muzammil Nizar dan Salmah Yaakop

Ringkasan
Suhu dan kelembapan di dalam sarang lebah kelulut mempengaruhi kelakuan pekerja dan ratu. Selain itu, ia juga akan mempengaruhi peningkatanindividu di dalam koloni. Oleh itu, satu uji kaji bagi melihat kelembapan dan suhu sebenar di dalam koloni telah dijalankan di MARDI Serdang. Objektif uji kaji ini adalah untuk menilai suhu dan kembapan sebenar di dalam koloni dan untuk menilai perubahan kelakuan lebah kelulut terhadap perubahan suhu dan kelambapan. Kelembapan tertinggi dicatatkan pada 84% dan terendah ialah 63%. Dari jam 8 pagi hingga 5 petang, kekerapan kelembapan dicatatkan sebagai F yang signifikan (15,179) = 3.33, p <0.05). Walau bagaimanapun, tidak ada perbezaan yang signifikan dalam frekuensi suhu dalam hasil kajian kami. Hasil kajian menunjukkan bahawa julat suhu yang dicatatkan daripada 25 – 31.6 °C dan 31.6 °C adalah suhu tertinggi yang dicatatkan di dalam koloni. Sementara itu, suhu di dalam koloni tidak banyak berubah daripada jam 8 pagi hingga 5 petang. Dalam kajian ini juga terdapat hasil perbandingan suhu dan kelembapan relatif dari 8 pagi hingga 5 petang untuk tiga bulan iaitu Oktober, November dan Disember. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi suhu dan kelembapan relatif. Suhu dalam dan luar yang direkodkan mempunyai F yang signifikan = 5.41, 9.41, p <0.05 manakala bagi kelembapan relatif dalam dan luar F = 2.60, 7.59, p <0.05. Oleh itu, keputusan kajian ini dapat digunakan dalam kajian yang melibatkan penternakan lebah kelulut secara makmal. Selain itu, dapatan kajian ini juga memberi gambaran yang jelas mengenai kelakuan lebah kelulut itu sendiri.

Teks penuh (300KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.