Strategi adaptasi industri padi di Malaysia terhadap perubahan iklim

Category: Bil. 26

Fazlyzan Abdullah, Mohd Aziz Rashid, Shamsul Amri Saidon, Rahiniza Kamaruzaman, Shaidatul Azdawiyah Abdul Talib, Fauzi Jumat, Site Noorzuraini Abd Rahman dan Mohd Shahril Firdaus Ab Razak

Ringkasan
Kesan perubahan iklim pada sektor pertanian telah menjadi tumpuan utama dalam kalangan penyelidik dan penggubal dasar di Malaysia. Kerajaan mula meneliti strategi adaptasi perubahan iklim untuk sektor padi bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai agensi bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bertanggungjawab menjalankan pelbagai penyelidikan berkaitan. MARDI telah menjalankan beberapa kajian adaptasi untuk industri padi pada tahun 2016 – 2020 dan akan diteruskan bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021 – 2025). Antara strategi adaptasi yang dibangunkan dan dicadangkan adalah dengan memberikan tumpuan kepada suhu tempatan yang lebih tinggi dan memanjangkan tempoh masa pengeringan padi. Keutamaan diberikan kepada kawasan tertentu seperti penambahbaikan amalan pengurusan air, pengenalpastian aksesi tempatan yang tahan kemarau dan penghasilan varieti padi baru melalui proses pembiakbakaan. Hasil kajian mendapati varieti padi MARDI Siraj 297 berpotensi ditanam dalam keadaan air yang terbatas atau tepu, manakala varieti padi khas tempatan MRQ 76 bersifat tahan kemarau boleh diperkenalkan kepada petani di kawasan luar jelapang padi yang kekurangan sumber air. Penghasilan varieti baharu padi tahan kemarau dijangkakan dapat dicapai beberapa tahun akan datang. Sehubungan itu, rangka kerja menyeluruh melibatkan penyelidik, petani, komuniti perniagaan tani dan pembuat dasar secara efektif amat diperlukan untuk memastikan strategi adaptasi ini berjaya dilaksanakan di Malaysia.

Teks penuh (467KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.