Penggunaan Pseudomonas sp. sebagai baja bio berpotensi dalam pertanian lestari

Category: Bil. 26

Jeffrey Lim Seng Heng

Ringkasan
Pseudomonas sp. sering dikaji penggunaannya sebagai agen pertumbuhan bagi tanaman kerana kebolehannya untuk menghasilkan komponen yang boleh membantu pertumbuhan seperti pengikat nitrogen dan phosphate solubilizer serta kebolehan mengawal serangan penyakit. Dalam kajian ini, Pseudomonas sp. telah dipencilkan daripada sampel tanah dan disaring keupayaannya sebagai agen penghasil pengikat nitrogen dan phosphate solubilizer dan juga aktiviti antimikrobial terhadap Ralstonia solanacearum (penyebab layu daun pada tumbuhan). Pseudomonas sp. strain K29pf telah dipilih untuk diuji dengan lebih mendalam kerana keputusan yang diperoleh adalah memuaskan dengan keupayaannya sebagai phosphate solubilizer dan juga keupayaan menghasilkan aktiviti antimikrob. Ujian di rumah kaca menggunakan Pseudomonas sp. strain K29pf dapat meningkatkan berat basah lebih kurang 50 g dan pemanjangan akar sebanyak 2.0 cm berbanding dengan kawalan. Secara tidak langsung penggunaan baja bio ini akan membantu dalam mitigasi gas rumah hijau di kawasan penanaman sayur.

Teks penuh (Teks penuh)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.