Status kerintangan induk penderma varieti padi toleran kemarau terhadap serangga perosak utama tanaman padi

Category: Bil. 26

Maisarah Mohamad Saad, Shamsul Amri Saidon, Site Noorzuraini Abd Rahman, Shahida Hashim, Mohd Fitri Masarudin dan Mohd Fadli Mohd Fauzi

Ringkasan
Dalam usaha ahli pembaik baka membangunkan varieti padi toleran tegasan kemarau, status kerintangan induk penderma terhadap serangan perosak utama tanaman padi perlu dikenal pasti. Status kerintangan dalam keadaan tegasan kemarau perlu dikemas kini bagi membangunkan pakej pengurusan yang lengkap agar sesuatu teknologi yang dikeluarkan merangkumi
kesemua aspek yang berkaitan. Kajian mendapati hampir kesemua 10 induk penderma bersama varieti IR 64 (kawalan negatif varieti toleran kemarau) yang dinilai dalam keadaan tegasan kemarau tidak mempunyai kerintangan terhadap penyakit tungro dan serangga perosak benah perang. Oleh itu, aktiviti pembangunan varieti padi toleran tegasan kemarau yang menggunakan varieti-varieti ini sebagai induk penderma perlu dilakukan dengan berhati-hati di samping pembentukan pakej pengurusan yang komprehensif.

Teks penuh (1.14MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.