Kadar pembebasan gas rumah kaca daripada sektor ternakan negara

Category: Bil. 26

Mohd Saufi Bastami

Ringkasan
Sektor pertanian merupakan nadi sumber makanan negara dan menyumbang kepada pembebasan gas rumah kaca (GHG). Antara kategori penyumbang utama kepada pembebasan GHG sektor pertanian negara adalah penanaman padi, penternakan dan pembebasan langsung daripada pengurusan tanah. Pengeluaran gas rumah kaca bagi subsektor ternakan Malaysia melibatkan pembebasan gas enterik dan pengurusan tinja dengan dua per tiga (2/3) adalah daripada fermentasi enterik. Pembebasan gasgas ini dipengaruhi oleh bilangan ternakan, jenis, serta kaedah pengurusan tinja. Pengukuran pembebasan gas ini dilaksanakan menggunakan perisian inventori GHG IPCC dan data-data ternakan negara yang diperoleh daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Pembebasan GHG subsektor ternakan pada tahun 2016 mencatatkan nilai emisi sebanyak 2005 Gg CO2 meliputi pembebasan CH4 enterik sebanyak 1370 Gg CO2, pengurusan tinja sebanyak 505.6 Gg CO2 dan 129.8 Gg CO2 bagi emisi gas CH4 dan N2O. Emisi daripada fermentasi enterik ternakan menjadi antara penyumbang utama pengeluar GHG sektor pertanian dengan pembebasan sebanyak 20% daripada keseluruhan pembebasan GHG pertanian negara.

Teks penuh (268KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.