Kerabat liar tanaman di Malaysia: Sumber genetik berpotensi untuk digunakan dalam pembangunan varieti tanaman beradaptasi dengan perubahan iklim

Category: Bil. 26

Muhammad Shafie Md Sah, Anuar Rasyidi Mohd Nordin, Mohd Norfaizal Ghazalli, Siti Sofiah Mohamad, Khadijah Awang, Maimun Tahir, Site Noorzuraini Abd Rahman, Mohd Shukri Mat Ali, Mohd Nor Awaluddin, Mohd Ramdzan Othman, Nur Idayu Abd Rahim dan Ahmad Syahman Md Dalee

Ringkasan
Sejak akhir-akhir ini, perubahan cuaca menjadi satu isu yang kritikal. Ini kerana ia telah memberi kesan signifikan kepada sektor agromakanan. Perubahan cuaca telah menyebabkan kemerosotan produktiviti tanaman disebabkan ketidakseimbangan kepada amalan pertanian konvensional yang dipengaruhi oleh faktor biotik dan abiotik. Untuk penghasilan varieti yang beradaptasi dengan perubahan ini, saintis mula mencari sumber genetik kerabat liar tanaman untuk memperkayakan koleksi takungan gen pembiak baka. Di Malaysia kerabat liar padi, pisang, keledek dan terung telah beradaptasi dengan persekitaran cuaca tropika dan keadaan ekstrim dengan baik. Sebanyak 35 spesies kerabat liar tanaman yang telah diinventori terdiri daripada empat spesies padi (Oryza spp.), 13 spesies pisang (Musa spp.), 13 spesies keledek (Ipomoea spp.) dan lima spesies terung (Solanum spp.). Passport data, spesimen herbarium dan biji benih telah dikumpul untuk tujuan pemuliharaan. Sampel ini telah didepositkan di MyGeneBank, MARDI dan diduplikasi di Millennium Seed Bank, Kew Garden, London, Jabatan Pertanian Sabah dan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan, 92 Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai rujukan untuk masa hadapan. Biji benih dan spesimen herbarium boleh diakses oleh saintis untuk tujuan rujukan dan pembaikbakaan varieti tanaman sedia ada untuk adaptasi terhadap perubahan cuaca.

Teks penuh (1.32MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.