Keperluan nitrogen varieti padi tempatan semasa keadaan tegasan air

Category: Bil. 26

Shahida Hashim dan Muhammad Naim Fadzli Abd. Rani

Ringkasan
Nitrogen merupakan unsur makro nutrien yang penting bagi tanaman padi kerana menyumbang kepada pengeluaran hasil. Keperluan N pokok padi telah dinilai di sesebuah negara tanpa mengira jenis tanah, sifat kimia dan fizikal tanah serta varieti padi. Kajian juga telah membuktikan bahawa keperluan N bagi tanaman padi adalah berbeza bagi kawasan-kawasan yang mengalami tekanan abiotik seperti kemarau atau kawasan yang mengalami masalah tegasan air. Pengambilan N yang rendah oleh pokok padi yang ditanam dalam keadaan tegasan air dipengaruhi oleh aktiviti fisiologi pokok seperti proses transpirasi dan interaksi antara sistem akar dan tanah. Keadaan ini menyebabkan kadar N yang lebih tinggi diperlukan oleh pokok padi yang ditanam dalam keadaan tegasan air berbanding dengan pokok padi yang tidak mengalami masalah tegasan air. Kajian yang dijalankan di Rumah Lindungan Hujan, MARDI Seberang Perai menunjukkan keperluan N bagi pokok padi yang mengalami masalah tegasan air ialah 15 – 50% lebih tinggi berbanding dengan kawalan. Aplikasi sumber N yang tepat juga diperlukan bagi kawasan bermasalah ini. Penggunaan ammonium nitrat didapati sesuai diaplikasikan di kawasan bermasalah ini berbanding
dengan urea bagi memperoleh hasil yang optimum dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kehilangan N melalui aktiviti permeruapan, nitrifikasi dan lain-lain.

Teks penuh (380KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.