Pembangunan penanda DNA bagi ciri ketahanan terhadap kemarau untuk aplikasi pembaikbakaan berbantukan penanda

Category: Bil. 26

Mohd Shahril Firdaus Ab Razak, Nor Helwa Ezzah Nor Azman, Rahiniza Kamaruzaman, Shamsul Amri Saidon, Site Noorzuraini Abdul Rahman, Mohd Aziz Rashid dan Mohammad Hariz Abdul Rahman

Ringkasan
Penduduk dunia meningkat dengan pesat setiap tahun dan keperluan untuk meningkatkan hasil pengeluaran makanan tanaman utama seperti padi, gandum, soya dan jagung juga meningkat. Tambahan pula, tekanan abiotik yang meliputi kemarau, kemasinan dan tekanan haba dan sejuk telah menyebabkan kehilangan hasil padi yang ketara bagi banyak kawasan
penanaman padi. Antara kesemua itu, tekanan kemarau merupakan salah satu faktor utama yang membataskan pengeluaran hasil tanaman. Namun begitu, sehingga kini tiada satu pun varieti padi komersial yang diisytihar di Malaysia adalah tahan terhadap tekanan kemarau. Teknologi MAB menawarkan satu pendekatan terbaik dalam membangunkan varieti yang toleran terhadap kemarau. Namun begitu, kejayaannya sangat bergantung kepada kualiti penanda DNA yang diguna pakai. Kaedah integrasi data genomik dan transkriptomik menawarkan satu kaedah dalam mengenal pasti dan membangunkan penanda DNA yang berkesan dan berkualiti untuk aplikasi MAB bagi membangunkan varieti yang toleran terhadap kemarau.

Teks penuh (679KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.