Pembangunan semula model simulasi pengeluaran betik dan mangga bagi Semenanjung Malaysia

Category: Bil. 26

Shaidatul Azdawiyah Abdul Talib, Muhammad Zamir Abdul Rasid, Muhamad Hafiz Muhamad Hassan, Mohd Aziz Rashid, Zul Helmey Mohamad Sabdin dan Wan Mahfuzah Wan Ibrahim

Ringkasan
Potensi hasil tanaman betik dan mangga bawah senario perubahan iklim pada masa akan datang boleh diramal menggunakan model simulasi pengeluaran. Model Iklim Global (GCM) diguna untuk membangunkan data unjuran perubahan iklim (2020 – 2050) bawah senario perubahan iklim Representative Concentration Pathways (RCP), RCP 4.5 dan RCP 8.5. Unjuran hasil dibangunkan bagi lokasi terpilih di Zon 1, kawasan yang mengalami musim kering yang nyata serta berpanjangan dan Zon 2, kawasan yang mengalami musim kering yang sederhana. Unjuran hasil menunjukkan tanaman betik tidak dipegaruhi oleh perubahan iklim pada masa akan datang, namun dipengaruhi oleh sistem pengurusan tanaman yang melibatkan pengairan serta kawalan penyakit dan perosak. Berbeza pula bagi tanaman mangga, unjuran hasil menujukkan berlaku kemerosotan hasil akibat perubahan iklim pada masa akan datang. Maklumat ini boleh dijadikan panduan dalam merangka strategi adaptasi bagi mengurangkan impak perubahan iklim pada masa akan datang terhadap hasil produktiviti tanaman betik dan mangga selain menjamin hasil pengeluaran yang optimum.

Teks penuh (1.93MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.