Unjuran hasil tanaman padi bagi kawasan jelapang di Semenanjung Malaysia

Category: Bil. 26

Shaidatul Azdawiyah Abdul Talib, Mohd Aziz Rashid, Mohammad Hariz Abdul Rahman dan Mohamad Zabawi Abdul Ghani

Ringkasan
Potensi hasil tanaman padi bawah senario perubahan iklim pada masa akan datang boleh diramalkan dengan menggunakan simulasi model tanaman Decision Support System for Agro-technology Transfer (DSSAT 4.7: CERES-RICE). Model Iklim Global (GCM) digunakan untuk membangunkan data unjuran perubahan iklim (2020 – 2050) bawah senario perubahan iklim Representative Concentration Pathways (RCP) 4.5. Unjuran hasil dibangunkan bagi tiga kawasan jelapang utama Semenanjung Malaysia iaitu Muda Agricultural Development Authority (MADA), Kemubu Agricultural Development Authority (KADA) dan Integrated Agricultural Development Area Barat Laut Selangor (IADA BLS). Pemilihan kawasan adalah berdasarkan hasil produktiviti dan keluasan kawasan. Hasil simulasi permodelan menunjukkan terdapat penurunan hasil sehingga 19% di kawasan MADA dan KADA manakala sehingga 39% di kawasan IADA BLS bagi tempoh 30 tahun akan datang. Maklumat ini boleh dijadikan panduan dalam merangka strategi adaptasi di ketiga-tiga kawasan jelapang ini terutamanya kawasan IADA BLS bagi mengurangkan impak perubahan iklim pada masa akan datang terhadap hasil produktiviti tanaman padi.

Teks penuh (392KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.