Pemuliharaan in vitro: Kaedah alternatif menghadapi perubahan iklim

Category: Bil. 26

Suryanti Bustam, Rosliza Jajuli, Izlamira Roslan dan Abdul Muhaimin Abdul Kadir

Ringkasan
Kaempferia galanga merupakan tumbuhan saka perubatan herba beraroma yang tergolong dalam famili Zingiberaceae. Rizom K. galanga dipercayai berpotensi untuk menyembuhkan batuk, hidung tersumbat, jangkitan pektoral, asma, bronkitis, malaria, penyakit kulit, luka dan darah tinggi. Artikel ini melaporkan kajian berkenaan kaedah pemuliharaan in vitro K. galanga dengan memperlahankan pertumbuhan anak pokok menggunakan rawatan sorbitol. Sampel in vitro K. galanga telah dikultur
pada medium pemuliharaan iaitu medium separa pejal MS yang ditambah dengan sorbitol pada kepekatan yang berbeza iaitu 0, 1, 2, 4 dan 6%. Selepas 30 dan 60 hari tempoh pemuliharaan, purata bilangan dan panjang anak pokok diperhatikan untuk semua rawatan. Kajian ini membuktikan bahawa setelah 60 hari pemuliharaan, terdapat pengurangan terhadap purata
bilangan anak pokok yang terhasil (3.5, 3.5, 2.5, 2.4 dan 2.2) dan purata ketinggian anak pokok (4.77, 4.17, 2.98, 3.33 dan 2.25 cm) disebabkan oleh peningkatan kepekatan sorbitol (masing-masing 0, 1, 2, 4 dan 6%). Oleh itu, dapat dibuktikan dengan jelas bahawa sorbitol dapat memperlahankan pertumbuhan anak pokok secara efektif semasa pemuliharaan in vitro. Berdasarkan hasil kajian kami, disimpulkan bahawa pemuliharaan jangka pendek dan sederhana K. galanga dapat dilakukan dengan menggunakan medium MS ditambah dengan 2 – 6% sorbitol.

Teks penuh (2.21MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.