Penyelidikan dan pembangunan sistem pertanian bandar untuk kelestarian masyarakat

Category: Bil. 27

Johari Sarip dan Zulhazmi Sayuti

Ringkasan
Penyelidikan MARDI dalam pertanian bandar telah bermula dalam RMKe-10 dan lebih fokus lagi dalam RMKe-11 dengan mempunyai projek pembangunan khusus untuk pertanian bandar. Penyelidikan dalam bidang pertanian bandar ini meliputi pembangunan sistem penyiraman kendiri, sistem vertikal dan bertingkat untuk penjimatan ruang, kilang tanaman, pengurusan perosak dan penyakit secara mesra alam dan pengurusan sisa sifar pertanian bandar. Melalui kempen Pertanian Bandar yang dilancarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada 2014, pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh MARDI dalam membangunkan inovasi pertanian bandar dan mempromosikan produk yang dihasilkan melalui pendekatan moden dan memanfaatkan ruang di kawasan bandar. Pertanian bandar semakin mendapat tempat dan menarik minat masyarakat bandar untuk menjalankan aktiviti ini dan kerajaan Malaysia melalui MAFI sentiasa memberi sokongan dan dorongan dengan memberikan peruntukan di bawah PENJANA sebanyak RM10 juta dalam tahun 2020 dan RM30 juta dalam tahun 2021 untuk mempergiatkan lagi aktiviti pertanian bandar.

Teks penuh

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.