Minat dan kecenderungan terhadap program pertanian bandar dalam kalangan komuniti sekolah

Category: Bil. 27

Aimi Athirah Ahmad, Rasmuna Mazwan Muhammad, Nik Rahimah Nik Omar, Nor Amna A’liah Mohamed Nor, Nik Rozana Nik Mohamed Masdek, Siti Zahrah Ponari, Mohd Tarmizi Haimid, Bashah Ahmad dan Mohd Hakimi Harun

Ringkasan
Umumnya kebanyakan sekolah di Malaysia telah mempunyai taman herba dan taman edible sendiri untuk mendidik generasi muda iaitu pelajar bermula di peringkat sekolah rendah dan seterusnya ke peringkat sekolah menengah. Melalui pertanian bandar yang berkonsepkan urban garden, secara tidak langsung dapat menggalakkan generasi muda untuk menceburkan diri
dengan lebih serius dalam bidang pertanian kelak. Generasi muda hari ini dilihat mempunyai pengetahuan yang terhad mengenai pertanian. Antara faktor yang dikenal pasti adalah disebabkan oleh persepsi negatif masyarakat terhadap industri pertanian. Industri pertanian sering dikaitkan dengan pekerjaan sektor 3D (difficult, dirty and dangerous). Maka kajian ini akan mengenal pasti keberkesanan program pertanian bandar ke atas komuniti sekolah melibatkan indikator kesedaran, amalan dan kecenderungan dalam meningkatkan manfaat positif pertanian bandar. Sampel kajian melibatkan 256 orang pelajar dan 37 orang guru koordinator yang mewakili tujuh buah sekolah yang aktif dalam melaksanakan program-program pertanian bandar di sekolah mereka. Secara umumnya, keberkesanan program kebun pertanian bandar di sekolah dapat dilihat dengan wujudnya peningkatan yang signifikan bagi lima indikator yang terlibat iaitu kefahaman, keprihatinan, kesedaran, adaptasi dan kualiti masa. Komponen kesedaran menunjukkan peningkatan yang paling tinggi dalam kalangan komuniti sekolah selepas menyertai program kebun pertanian bandar ini. Selain itu, dapatan juga menunjukkan terdapat peningkatan dalam kefahaman pelajar selepas menyertai program ini. Antara teknologi atau komponen pertanian yang paling banyak diberi pendedahan kepada pelajar adalah teknologi hidroponik dan baja kompos. Secara keseluruhan program kebun pertanian bandar di sekolah ini dapat menarik minat pelajar untuk menceburkan diri dan mereka lebih faham akan teknik pertanian selepas menyertai program ini. Bagi memastikan kelangsungan program ini, pendekatan secara praktikal kepada pelajar perlu ditekankan dan khidmat nasihat daripada pakar dan agensi yang terlibat perlu diberikan kepada guru koordinator program di samping kursus dan bengkel yang berkaitan agar lebih berkesan.

Teks penuh

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.