Sistem pengeluaran anak benih dengan Ezgrow bagi kegunaan pertanian bandar

Category: Bil. 27

Puteri Aminatulhawa Megat Amaddin, Mohamad Abid Ahmad, Zulhazmi Sayuti dan Mohd Adib Muhaimin Mohammad Salleh

Ringkasan
Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam menjamin bekalan makanan, menyediakan bahan mentah kepada industri dan menjana peluang pekerjaan. Namun, situasi COVID-19 yang melanda Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya telah memberi impak yang besar susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuklah pertanian dan perladangan. Oleh yang demikian, bagi memastikan ketersediaan makanan yang mencukupi, peranan teknologi moden adalah penting bagi memaksimumkan produktiviti ke arah sistem pengeluaran makanan yang lebih stabil selain kebergantungan kepada import makanan dan guna tenaga asing. Penghasilan sumber makanan yang berkualiti bermula daripada anak benih yang berkualiti menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), MARDI telah memperkenalkan kaedah pengeluaran anak benih tanaman menggunakan kiub gambut atau dikenali Ezgrow untuk kegunaan pertanian bandar. Sistem pengeluaran anak pokok melalui kaedah Ezgrow amat sesuai diguna pakai bagi menjalankan aktiviti pertanian bandar seperti perkebunan di laman rumah dan perkebunan komuniti. Kaedah ini bukan sahaja meminimumkan penggunaan ruang bagi ruangan terhad penduduk bandar, malahan menjamin anak benih berkualiti dengan sistem yang efisien dan mesra alam. Kaedah ini juga mampu menjana pendapatan jika dibuat secara komersial dengan penjualan anak benih berkualiti kepada kawasan sekitar. Sekiranya teknologi ini digunakan oleh penduduk bandar khususnya pekebun bandar dan komuniti bandar, ketersediaan dan jaminan bekalan makanan yang mencukupi bagi penduduk bandar boleh diperoleh.

Teks penuh

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.