Teknologi aksesori self-watering untuk pengeluaran tanaman buahan dalam pasu komersial
Mohamed Hafeifi Basir, Rohazrin Mohd Rani, Hamdan Mohd Noor dan Zulhazmi Sayuti
Ringkasan
Teknologi aksesori self-watering (SAT) adalah kesinambungan daripada teknologi pengeluaran pasu berkonsepkan self-watering container (SWC) pada tahun 2014. Konsep SAT dapat digunakan pada pasu komersial. Ini membolehkan pengeluaran hasil buah-buahan dapat dibuat di kawasan yang terhad dan tidak bertanah seperti di bandar dan kawasan perumahan. Aplikasi teknologi ini mampu mengurangkan penyelenggaraan terutama sekali siraman yang hanya perlu dibuat pada sela masa 3 – 5 hari. Pengurusan nutrien menjadi lebih efisien, di samping dapat mengawal saiz tumbesaran pokok. Oleh itu, teknologi ini mampu menjana ekonomi dengan pengeluaran hasil buah-buahan yang segar dengan penyelenggaraan yang minimum dan meningkatkan nilai estetika kawasan landskap persekitaran.
Teks penuh