Kesan penggunaan sumber pencahayaan LED dalam sistem struktur Cube-Grow ke atas pertumbuhan dan kualiti sayuran berdaun

Category: Bil. 27

Hamdan Mohd Noor, Arina Mohd Noh, Hanim Ahmad, Nur Syafini Ghazali, Zulhazmi Sayuti, Mohd Khairil Abas dan Helmey Othman

Ringkasan
MARDI telah memperkenalkan salah satu inovasi pertanian bandar yang dikenali sebagai Cube-Grow, teknik inovatif untuk menanam sayur-sayuran di dalam bangunan. Idea produk inovatif Cube-Grow tercetus daripada inspirasi sifat tumbuhan yang boleh hidup dan beradaptasi di dalam bangunan. Cube-Grow merupakan kiub bersaiz sederhana untuk pertumbuhan sayuran
dedaun yang boleh ditempatkan di ruang dapur atau lokasi terpilih di dalam bangunan. Sayuran berdaun di dalam struktur Cube-Grow sesuai ditanam menggunakan pengubahsuaian sistem hidroponik atau medium tanpa tanah yang dilengkapi dengan takungan air. Pencahayaan LED diperlukan sebagai sumber cahaya tiruan bagi proses fotosintesis. Hasil kajian menunjukkan kualiti fizikokimia sayuran berdaun sangat dipengaruhi oleh kombinasi pencahayaan LED yang merupakan salah satu komponen utama di dalam Cube-Grow. Sayuran segar yang dihasilkan adalah berkhasiat, bebas daripada racun perosak dan selamat dimakan.

Teks penuh

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.