Perosak dan penyakit utama tanaman komuniti pertanian bandar dan praktis pengurusannya

Category: Bil. 27

Nur Adliza Baharom, Siti Noor Aishikin Abdul Hamid, Farah Huda Sjafni Suherman, Mohd Nazarudin Anuar, Rozeita Laboh dan Zulhazmi Sayuti

Ringkasan
Pandemik COVID 19 yang melanda negara sejak 2019 memberikan impak kepada sekuriti makanan dan ketidakstabilan sosioekonomi. Proses rantaian sumber makanan terjejas dan memberikan kesan kepada harga, sumber dan kualiti sumber makanan. Kesan daripada ini membawa kepada kesedaran bahawa pentingnya penghasilan sumber makanan dilakukan berdekatan dengan tempat kediaman. Sehubungan itu, aktiviti pertanian bandar semakin menjadi popular dipilih oleh masyarakat untuk dipraktikkan. Pengurusan perosak dan penyakit menjadi salah satu cabaran dalam penanaman sama ada secara konvensional atau berkonsepkan pertanian bandar. Pendekatan pengurusan perosak dan penyakit secara mesra alam menjadi pilihan utama bagi menggantikan kebergantungan kepada racun perosak bagi pertanian komuniti bandar. Dalam penulisan ini, perosak dan penyakit utama komuniti pertanian bandar dikenal pasti dan langkahpengurusan dibincangkan.

Teks penuh

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.