Kaedah penghasilan kompos menggunakan CompoBin

Category: Bil. 27

Mohammad Hariz Abdul Rahman, Masnira Mohammad Yusoff, Yahya Sahari, Jeffrey Lim Seng Heng dan Rashidah Abdul Malek

Ringkasan
Pengomposan merupakan satu kaedah pengurusan sisa tanaman yang efektif dalam menjaga kelestarian alam sekitar serta mengelakkan berlakunya pencemaran. Kompos yang dihasilkan berupaya memberi manfaat kepada tanaman dengan cara merapikan tanah, selain berpotensi mengurangkan larut resap nutrien di dalam tanah. Dalam konteks ini, Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah membangunkan teknologi CompoBin khusus dalam menguruskan sisa berkaitan kilang tanaman, sisa dapur, serta sisa-sisa dari kawasan domestik lain seperti hotel dan kawasan komersial. Kajian awal telah dilakukan untuk menilai keberkesaan teknologi CompoBin terhadap menguruskan sisa sayuran dari kilang tanaman. Penggunaan substrat dari sumber serbuk daun kering dan arang bio serta tambahan mikroorganisma daripada jenis Trichoderma spp. serta kawalan suhu dan pengudaraan daripada sistem CompoBin didapati membantu pengomposan secara efektif. Justeru, kajian lanjut akan dijalankan untuk menilai keberkesanan teknologi CompoBin terhadap sumber daripada sisasisa tanaman lain yang berkaitan.

Teks penuh

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.