Segmen permintaan pasaran produk premium kilang tanaman yang berdaya saing
Rasmuna Mazwan Muhammad, Nik Rahimah Nik Omar, Mohd Tarmizi Haimid, Siti Zahrah Ponari, Mohd Hakimi Harun dan Bashah Ahmad
Ringkasan
Sistem kilang tanaman merupakan kaedah pengeluaran secara intensif yang dibangunkan untuk produk premium (tanaman bernilai tinggi) melalui kaedah penanaman berkonsepkan kapasiti tinggi, praktikal, cekap dan produktif. Isu-isu urbanisasi, kekangan tanah yang produktif, kebergantungan kepada produk import, ageing farmers dan masalah pengeluaran yang tidak seimbang dengan permintaan merupakan antara cabaran utama dalam pertanian. Justeru, perlunya satu sistem pengeluaran makanan yang mampu memenuhi dan menangani senario tersebut seperti pengeluaran sayur buah yang konsisten dalam skala besar dan terus kepada pengguna. Survei dan temuramah berstruktur dilakukan ke atas kumpulan purchasing coordinator (n = 27) daripada segmen hotel, restoran steak house/ fine dining juga pasar raya terpilih di sekitar Lembah Klang. Dapatan kajian telah membuktikan wujud potensi dan penerimaan yang baik terhadap produk premium kilang tanaman yang berdaya saing. Pemilihan saluran pengedaran dan produk bernilai tinggi merupakan penentu bagi pengusaha untuk menembusi pasaran baharu atau memperkenalkan produk baharu ke pasaran. Justeru, promosi terhadap produk premium kilang tanaman harus diperkasakan, bagi menggalakkan penerimaan pengguna dan sekali gus menyumbang kepada keyakinan terhadap produk kilang tanaman.
Teks penuh