Model dan struktur kilang tanaman
Muhd Akhtar Mohamad Tahir, Khairul Anuar Shafie, Zulhazmi Sayuti dan Muhammad Abid Ahmad
Ringkasan
MARDI telah membangunkan model dan struktur kilang tanaman untuk mendapatkan pengeluaran makanan yang lestari sebagai alternatif kepada pengeluaran tanaman di ladang. Sayuran berdaun yang bernilai tinggi dipilih untuk model ini kerana hasil pengeluaran yang tinggi. Fokus kajian adalah untuk membangunkan dua model kilang tanaman untuk memberi alternatif kepada pengguna di negara ini. Model pengeluaran berskala besar (MKTU) lebih tertumpu pada tahap industri, yang disasarkan berhasil dan berkualiti tinggi dan perlu mencapai beberapa standard pengeluaran. Sebagai perbandingan, model skala lebih kecil (MK) difokuskan pada usahawan muda yang baharu dalam bidang ini dengan modal rendah dan mudah dikendalikan. Pembangunan penyelidikan dalam struktur terkawal ini dapat digunakan sebagai asas rujukan teknologi untuk pelbagai lapisan masyarakat di negara ini yang masih baharu dalam bidang ini dan selari dengan hasrat kerajaan untuk merevolusikan pertanian ke arah pertanian 4.0.
Teks penuh