Sistem tanaman hidroponik bertingkat dalam Kilang Tanaman MARDI
Category: Bil. 27
Ahmad Syafik Suraidi Sulaiman dan Mohammad Abid Ahmad
Ringkasan
Reka bentuk bertingkat adalah sesuai untuk memaksimumkan kapasiti pengeluaran berdasarkan ruang yang terhad di kilang tanaman. Sistem hidroponik yang merupakan komponen utama dalam sistem pengeluaran sayuran di dalam kilang tanaman dan bertingkat telah dikenal pasti dan dinilai keberkesanannya dari aspek teknikal dan pengurusan. Keseragaman aliran air dan kelarutan nutrien didapati seragam dan dapat membekalkan air dan nutrien yang seimbang kepada tanaman di setiap posisi dan tingkat. Justeru, sistem hidroponik bertingkat dapat memberikan kesan pertumbuhan yang seragam lantas menjadikan pengeluaran dalam kilang tanaman lebih produktif dan ekonomik.
Teks penuh
Download Joomla Free Templates for your success.