Sistem pemantauan dan kawalan persekitaran dalam kilang tanaman

Category: Bil. 27

Khairul Anuar Shafie, Muhd Akhtar Mohamad Tahir, Seri `Aisyah Hassim dan Mohammad Abid Ahmad

Ringkasan
Sistem pemantauan dan kawalan persekitaran kilang tanaman penting dalam memastikan persekitaran dalaman kilang tanaman sentiasa berada dalam keadaan optimum bagi pengeluaran sayur-sayuran. Parameter persekitaran yang diukur di dalam kilang tanaman ialah suhu, kelembapan relatif, karbon dioksida (CO2) dan aliran udara. Julat suhu optimum bagi kilang tanaman ialah 23 – 28 °C dan julat kelembapan relatif ialah 60 – 75%. Sistem pemantauan persekitaran menggunakan sistem penderia yang dipasang di rak tanaman dan aplikasi E-FARM digunakan untuk memaparkan dan merekod data penderia. Kawalan sistem penghawa dingin dilakukan dengan menggunakan alat keluaran logik yang dipasang pada sistem penghawa dingin. Berdasarkan cerapan data yang diperoleh melalui aplikasi E-FARM, didapati sistem ini berjaya memantau persekitaran dalaman kilang tanaman.

Teks penuh

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.