Pengeluaran tanaman salad bawah dua kombinasi spektrum pencahayaan LED di dalam kilang tanaman

Category: Bil. 27

Mohammad Abid Ahmad, Mohd Aziz Rashid, Nur Syafini Ghazali, Nur Adliza Baharom dan Farah Huda Sjafni Suherman

Ringkasan
Dua formulasi pencahayaan LED telah dihasilkan melibatkan kombinasi spektrum Merah:Biru dan Merah:Biru:Hijau. Kedua-dua formulasi ini telah berjaya diuji ke atas empat jenis salad iaitu Coral Red, Coral Green, Butterhead dan Romaine. Bagi tujuan pengeluaran yang lebih produktif dan intensif penggunaan spektrum Merah:Biru adalah disarankan terutama untuk pengeluaran salad Green Coral, Red Coral dan Romaine. Manakala, kombinasi spektrum Merah:Biru:Hijau lebih sesuai untuk pengeluaran salad Green Coral dan Red Coral yang lebih bernutrisi seperti asid askorbik (vitamin C).

Teks penuh

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.