Teknik pengaruhan bunga bawang merah dalam Agrocube
Wan Rozita Wan Engah, Mohd Hafeifi Basir, Norfadzilah Ahmad Fadzil, Nor Hazlina Mat Sa’at, Zulhazmi Sayuti dan Najah Yahaya
Ringkasan
Bawang merah (Allium cepa var. aggregatum) biasanya dikenali sebagai ‘bawang merah’ adalah bahan penting dalam kebanyakan masakan Malaysia. Pada masa ini, bekalan bawang Malaysia bergantung kepada import sepenuhnya, terutamanya dari India dan China. Walau bagaimanapun, bekalan bawang merah yang konsisten dari India terganggu akibat banjir besar di negara itu, menyebabkan lonjakan harga bawang merah di pasaran Malaysia. Senario ini telah memupuk kesedaran bagi keselamatan makanan tempatan, terutamanya sayur-sayuran temperat seperti bawang merah. Dengan adanya teknologi seperti kemudahan persekitaran terkawal, memungkinkan kajian pengeluaran biji bawang merah tempatan dapat dilaksanakan. Sebagai permulaan, kajian awal mengenai pengeluaran benih dilakukan menggunakan spektrum cahaya yang dibekalkan oleh lampu LED dan suhu rendah dalam ruang yang terkawal. Pendekatan penyelidikan melibatkan beberapa peringkat yang merangkumi prosedur vernalisasi bawang merah dengan suhu 10 °C diikuti dengan penanaman menggunakan
sistem teknik filem nutrien (NFT) yang dilengkapi dengan lampu LED selama 14 jam fotokala dan suhu 16 °C. Sebanyak lapan varieti bawang merah dari pasaran tempatan iaitu Tamil Nadu, Pakistan, India, Bawang Kecil Rose, Andra, Burma, Bangladesh dan Siam telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa 80% populasi bawang merah telah berjaya menghasilkan bunga. Keupayaan tanaman bawang merah menghasilkan bunga adalah petanda yang baik dalam kajian pembaikbakaan bawang merah. Data pengeluaran benih dijangka diperoleh dalam tempoh masa enam bulan.
Teks penuh