Pengendalian lepas tuai sayuran berdaun di kilang tanaman
Nur Syafini Ghazali, Mohammad Abid Ahmad dan Zulhazmi Sayuti
Ringkasan
Teknologi kilang tanaman dengan pencahayaan LED sangat mempengaruhi kualiti dan nilai nutrisi bagi sayuran berdaun bernilai tinggi seperti salad (Green Coral, Red Coral, Romaine dan Butterhead). Penggunaan cahaya LED di samping pengendalian lepas tuai yang berkesan dapat mengekalkan kualiti dan nutrisi salad selepas penuaian sehingga ke pasaran. Kajian dua jenis kombinasi spektrum merah:biru (RB) dan merah:biru:hijau (RBG) terbukti meningkatkan kualiti salad dan fitokimia tertentu seperti kandungan klorofil, kandungan asid askorbik, jumlah aktiviti antioksidan dan jumlah fenolik serta kandungan asid klorogenik dalam salad. Penuaian salad kilang tanaman yang optimum adalah pada hari ke-30 selepas dipindah alih dengan kandungan fitokimia yang optimum dan tinggi. Teknologi penanaman dalam kilang tanaman memperkenalkan produk hasilan bernutrisi tinggi dengan pengekalan kualiti hingga dua minggu penyimpanan dengan menggunakan pembungkusan berkesan iaitu pembungkus clamshell container dengan suhu simpanan yang optimum pada 4 °C.
Teks penuh