Pencirian fenotipik ayam kampung di Malaysia

Category: Bil. 28

Amie Marini Abu Bakar, Noraini Samat, Roziatul Erin Abdul Razak, Azlina Azma Ismail Affendee, Noraisyah Saharani, Mohd Hafizuddin Ayob, Mohd Firdaus Othman, Mohd Hishammfariz Mohd Amin dan Ahmad Daud Rastam

Ringkasan
Masyarakat tempatan sering kali keliru antara ayam kampung dengan ayam pedaging berwarna perang seperti jenis baka Sasso. Ayam Sasso ini mempunyai ciri-ciri fizikal seakan ayam kampung telah mendominasi industri dan pasaran ayam kampung di Malaysia. Satu garis panduan pengelasan ciri-ciri fizikal ayam perlu dibangunkan bagi memudahkan pengenalpastian baka dan varieti ayam kampung di Malaysia. Untuk tujuan itu, satu kajian telah dimulakan bagi mengenal pasti kewujudan kumpulan atau koloni ayam kampung yang terdapat di Malaysia. Kajian ini mengumpul rekod fenotipik dan profil DNA bagi kumpulan-kumpulan ini dan mengkaji perkaitan antara data genotipik serta susur galur ayam kampung. Pengelasan koloni merupakan maklumat awal dalam pengenalpastian dan pencirian ayam kampung. Pengelasan ayam kampung daripada tujuh lokasi atau negeri telah dijalankan, mendapati 15 koloni ayam mempunyai ciri-ciri seperti warna bulu, balung, kaki dan paruh yang tersendiri. Koloni ayam ini dikelaskan kepada lima kategori utama ayam kampung iaitu ayam kampung A, B, C, D dan E.

Teks penuh (461KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.