Kaji selidik penternakan lembu pedaging di negeri-negeri terpilih di Semenanjung Malaysia

Category: Bil. 28

Dzulfazly Aminudin dan Mohd Hafizzudin Ayob

Ringkasan
Bidang penternakan di Malaysia masih tidak mampu untuk menampung keperluan sara diri bagi daging dalam negara. Penglibatan MARDI melalui penyelidikan telah melihat aspek baka, makanan dan sistem pengeluaran dalam memajukan sektor/industri ternakan. Satu kaji selidik telah dibuat ke beberapa negeri di Semenanjung Malaysia bagi melihat senario penternakan di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor). Hasil kaji selidik mendapati sistem pemeliharaan secara ragutan dan lembu baka Kedah Kelantan (KK) dan kacukannya menjadi pilihan kebanyakan responden di negeri-negeri yang dilawati. Hasil sampingan kelapa sawit sebagai bahan makanan tambahan untuk ternakan juga menjadi pilihan responden yang ditemui. Isu dan permasalahan yang dihadapi adalah sama iaitu kekurangan tanah untuk penternakan dan ragutan, kesukaran mendapatkan sumber makanan dan benih rumput, kos operasi yang tinggi dan kecurian. Dapatan kaji selidik ini telah digunakan dalam merangka penyelidikan yang telah dijalankan semasa Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11). Produk dan pengetahuan seperti sistem pemeliharaan breedlot, Lembu KK Elit dan Kambing Katjang-Boer (BK) dapat dimanfaatkan untuk mengatasi masalah yang dinyatakan dalam kaji selidik yang dibuat dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sektor pertanian dan penternakan negara.

Teks penuh (172KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.