Potensi mil serangga sebagai sumber makanan bukan konvensional untuk ikan air tawar

Category: Bil. 28

Farahiyah Ilyana Jamaludin

Ringkasan
Mil serangga kian mendapat perhatian sebagai salah satu sumber protein di dalam makanan haiwan terutama dalam industri poltri dan akuakultur. Hal ini demikian kerana makanan masih lagi kekal sebagai salah satu penyumbang kepada kenaikan kos pengeluaran yang merupakan kekangan kepada pengusaha akuakultur. Oleh itu, pencarian alternatif bagi menggantikan bahan mentah import seperti mil kacang soya dan mil ikan yang biasa digunakan di dalam makanan akuakultur semakin giat dilaksanakan. Penggunaan mil serangga di dalam makanan akuakultur menggantikan bahan-bahan mentah ini merupakan satu langkah yang bijak bagi menampung keperluan industri yang pesat berkembang saban tahun. Hal ini demikian kerana mil serangga kaya dengan protein dan nutrisi lain yang boleh digunakan di dalam makanan ikan air tawar. Kajian telah dijalankan di MARDI bagi mengkaji keberkesanan penggunaan mil serangga daripada spesies Zophobas morio atau dikenali sebagai superworm di dalam makanan ikan seperti yang dibincangkan dalam artikel ini.

Teks penuh (254KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.